Friday, January 29, 2010

CARA MENJINAKKAN HAMSTER


  • Apabila telah sampai ke rumah, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah memasukkan hamster baru anda ke dalam sangkar yang anda beli. Pastikan sangkar tersebut telah diletak bedding, makanan, air dan segala kelengkapan yang sepatutnya.

  • Biarkan hamster anda menerokai ‘rumah’ barunya pada hari pertama. Di saat ini, anda sudah boleh menamakan hamster comel anda dan memanggil namanya secara kerap.

  • Pada hari kedua, ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut. Letak dalam bekas makanan hamster anda. 

  • Hari ketiga, ulang langkah sebelum ini (ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut). Masukkan tangan anda secara perlahan-lahan ke dalam sangkar. Jangan tergopoh gapah, gelojoh, menerkam ataupun buat segala aksi yang mengejutkan hamster anda kerana ia hanya memberi isyarat kepadanya bahawa ‚bau’ ini adalah ancaman buatnya. Biar ia hidu bau anda dan dengan perlahan-lahan datang kepada anda untuk mengambil kuaci kegemarannya. Jangan anda terkam dia pula. Biarkan dia berasa selamat mengambil kuaci tersebut.

  • Setelah tiga, empat kali anda amalkan cara 3, perlahan-lahan cuba usap hamster anda atau pegang hamster anda. Ingat, perlahan-lahan! Biarkan dia bermain ditangan anda. Hamster suka turun dari satu tangan anda ke satu tangan yang lain.

  • Akhir sekali, kerapkan menyebut nama hamster kesayangan anda. Selalunya bila dia sudah terbiasa dengan suara anda, bau anda, dia akan keluar dan bermain-main di dalam sangkarnya. (Tapi jangan sekali ganggu waktu tidurnya!)

Disclaimer: Cara-cara diatas masih belum sesuai utuk hamster jenis Roborovski. TQ.

28 comments:

  1. aduh ..
    malah tanganku yang digigit ..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kalau mau jinakan Roborovski,cara paling ampuh adalah dengan mengusapkan madu di tangan,lalu dekatkanlah dengan hamsternya tunggu,biarkan ia mendekat,lalu menjilat madu di tangan anda tanpa tersadari dia mencium bau tangan anda,cobalah lakukan ini sampai ia jinak,informasi di ambil dari senior silakan di coba.

      Delete
  3. just nak taw ..ni hamster jenis apa

    ReplyDelete
  4. Panduan ini sesuai untuk semua hamster kecuali Roborovski. Uish... Roborovski adalah spesies hamster yang agak sukar nak dijinakkan! Tapi kalau anda berjaya jinakkan Roborovski, memang anda hebat la! hehe...
    Hamster diatas adalah Syrian. =)

    ReplyDelete
  5. emmm...hamster sayer nie jenis roborovski la... memang xleh ke nak pegang die??

    ReplyDelete
  6. salam..kalau jenis winter white snang jinak x???cmne nk tau jantan betina

    ReplyDelete
  7. Roborovski sangat susah nak dijinakkan! Tambahan, hamster spesies ini sangat ligat dan pantas bergerak. Boleh je cuba jinakkan. Setakat ini, saya gagal menjinakkan roborovski. Winter white susah sikit je dari Syrian. Setakat yang saya tahu, syrian adalah hamster yang sangat mudah untuk dijinakkan. Thats why, untuk beginner, syrian sangat sesuai! hehe.

    ReplyDelete
  8. bagaimana dengan hamster robo yang suka lari2 terus ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Robo memang spesies yang sukar dijinakkan. Tetapi masih boleh jinak. Tinggal lagi harus digandakan usahanya. :)

      Delete
  9. itu termasuk buat hamster cambell panda?
    soalnya dia suka gigit jari
    mksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk juga hamster cambell panda. Usaha terus ya! :)

      Delete
  10. wah tips nya ngebantu bgt. skrg hamster ku yang CAMPBELL pula yang suka gigit, jadi gak gigit lagi. malah dia kadang2 naek dari tangan terus kepundak XD tapi itu sebelum aku mandi yah hehehe XD

    ReplyDelete
  11. cuiiih robo gua malah kabur,,, (susah nangkepnya pula))

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, robo ternyata paling sulit untuk dijinakkan. Usaha terus. :)

      Delete
  12. wuh caranya berhasil....hamster ww pearl gw skrng jdi jinak...dah naek ke tangan ma pundak terus...tak gigit lgi..hehehe...

    ReplyDelete
  13. Kalau hamster winter white boleh tak? Saya dah cuba beberapa kali tips anda tapi tak jinak2. Ada tips lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah, nanti saya usaha bantu Farah dengan tips lain ok. For the time being, tips diatas yang saya dan rakan-rakan amalkan. :)

      Delete
  14. sy ade 2 robo, jantan. beli 1, senyap je boring kot. bli sekor lg, ceria la tp mula2 tu gaduh gak. skg da 3 mggu bela, yg 2nd tu lg jinak dr yg 1st. yg jinak tu mula berani naik atas tgn sy n jarang sgt gigit. tp yg 1st tu garang sgt. pantang bg sua makanan, hidu2 skit, amik mknan then gigit jari bdarah2 dah. mcmne ni? setiap kali mcmtu. ni yg wat sy lg sayang yg 2nd tu je..hewhew...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Robo memang susah nak dijinakkan. Itu sebab tips diatas tidak terpakai untuk hamster jenis roborovski. :)

      Delete
  15. Mse firt2 admin jinakkan hamster...x gigit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak kena gigit pun. hehehe

      Delete
  16. Replies
    1. Rujuk entri saya berjudul Jenis-Jenis Hamster. http://bubustylo.blogspot.com/2010/01/jenis-jenis-hamster.html

      Delete
  17. Replies
    1. Mana-mana pet shop yang ada jual hamster. :)
      Banyak pet shop.

      Delete