Sabtu, 30 Januari 2010

HAND SANITIZER


Ini adalah tips untuk penjaga-penjaga hamster yang mementingkan kebersihan dan kesihatan diri. Saya menyarankan anda menggunakan hand sanitizer setiap kali anda selesai memegang atau menguruskan hamster kesayangan anda serta alat kelengkapannya.

Walaupun hamster dikategorikan haiwan yang pembersih, hakikatnya anda boleh lihat sendiri najisnya masih melekat pada duburnya dan kadang-kadang bulunya! Bulu hamster juga kerap terkena pada air kencingnya sendiri justeru penggunaan hand sanitizer adalah sangat digalakkan setiap kali anda memegang hamster anda ataupun menguruskan segala benda yang melibatkan hamster anda. Ia membantu anda mengekalkan tahap kebersihan diri serta mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang mungkin terjadi akibat penjagaan kesihatan yang tidak tepat.

Anda boleh membasuh tangan anda setiap kali anda memegang hamster comel anda. Tetapi antara cara yang paling cepat dan berkesan juga adalah dengan menggunakan hand sanitizer. Sebotol hand sanitizer 50ml berharga RM3.00 – RM5.00. (bergantung kepada jenama). Ia bersaiz kompak dan mudah untuk anda bawa kemana-mana sahaja. Anda hanya perlu tuang sedikit cecair hand sanitizer ini ke tapak tangan anda, kemudian anda sapu dan gosokkan ke seluruh kawasan tapak tangan anda, belakang tangan anda, jari jemari termasuk kuku. Semoga anda dan hamster kesayangan anda akan sentiasa sihat dan cergas selalu!

Tiada ulasan:

Catat Komen