Thursday, March 1, 2012

Cover Photo Facebook Hamster Yang Menarik

Assalamualaikum and Hi everyone!

Hari ini, PM Bubujaya nak share Cover Photo untuk Facebook yang bertemakan Hamster untuk anda semua! Sangat menarik dan comel! Tetapi, bukan PM Bubujaya yang buat. Itu semua diambil dari Encik Google. (Thanks Encik Google!)

  1. Right click pada gambar.
  2. Klik Open In New Tab.
  3. Save.






Selamat mencuba! :)

Wednesday, December 28, 2011

Apa Perlu Buat Kalau Hamster Mengandung?


Selepas baca entri yang lepas, anda dapati hamster anda sedang mengandung?
WOAH! Bestnya!!!!!!
Tahniah!
Alfun mabruk! (Arab)
Zhu he ni! (Mandarin)
Congratulations! (Jawa! eh... english la!)

So, sudah bersedia ke nak menyambut kedatangan 'Hamster Junior'? Berikut, saya kongsikan beberapa tips penting yang anda perlu buat untuk menjaga hamster anda yang sedang mengandung...

  • Tambahkan kuantiti makanan. Hamster betina akan makan lebih banyak daripada kebiasaan. Jadi, anda perlu tambah kuantiti makanan yang diberi supaya hamster anda tidak kelaparan atau tidak cukup makan. 
  • Standby tukar bedding awal-awal elak sangkar busuk. Sebab, bila hamster junior sudah lahir nanti, anda dilarang menukar bedding kerana ibu hamster tidak suka diganggu 1 minggu pertama selepas dia lahirkan baby hamster. 
  • Tambahkan makanan yang berkhasiat kepada hamster anda. Boleh start bagi makanan yang kaya protein untuk hamster anda. 
  • Jaga paras air dalam bekas air. Pastikan air sentiasa mencukupi untuk keperluan hamster jantan dan betina. 
  • Digalakkan anda pisah hamster jantan dan hamster betina buat sementara waktu sebab hamster jantan akan cenderung untuk membuat seks dengan hamster betina tanpa mengira sama ada hamster betina sedang pregnant atau tidak. Jika ini berlaku, dikhuatiri, hamster akan mengalami pregnancy yang berulang. Bagi la hamster betina anda rehat seketika dengan menjarak pregnancy. =) 

Macam Mana Nak Tahu Hamster Sedang Pregnant?

Soalan:
Macam mana nak tahu hamster kita sedang pregnant (mengandung) ek? -Illyas yg handsome


Jawapan:

Assalamualaikum and Hi Illyas!
Berikut adalah cara untuk mengenalpasti sama ada hamster anda sedang pregnant (mengandung) atau tidak.

  • Hamster anda akan lebih besar daripada kebiasaan....
    (Betina la. kalau jantan yang besar, itu overweight ok!)
  • Hamster betina anda akan makan lebih banyak daripada biasa...
    (kalau makanan habis cepat daripada biasa, tandanya hamster betina sudah ada tanda-tanda dia mengandung. Almaklumlah, bukan si ibu je yang makan, tetapi anak2 dalam perut pun tumpang sekali! Tapi kalau hamster jantan yang makan banyak, itu buruk lantak!)
  • Hamster betina akan buat mula buat sarang. Dia kumpulkan bedding kat satu tempat dan kadang-kadang dia letak makanan-makanan kat situ. (standby la katakan...) 
  • Perut hamster betina besar kebawah hingga ke satu tahap boleh mencecah lantai sangkar.
    (Hamster adalah haiwan yang aktif. Selalunya, perut dia tidak akan cecah ke lantai. Tetapi kalau perut hamster betina anda sudah mencecah lantai, itu tanda dia sedang pregnant!)
Ok, jadi jika kesemua tanda-tanda ini sudah ada pada hamster betina korang yang cute tu, maka hamster korang sebenarnya sedang pregnant! (Hamil, mengandung, bunting!)

Jadi, selamat menjadi ayah! Eh, korang bukan ayah la! Hamster jantan la ayah! Untuk korang, selamat mendapat hamster junior! =D

Hamster Cute Anda Jantan atau Betina?

Gambarrajah cara untuk lihat sama ada hamster anda Jantan atau Betina.


 
Ini contoh gambar hamster Betty-na.. eh, betina la! hehe



Ini pula contoh gambar hamster jantan. 


Macam mana nak tahu hamster tersebut Jantan atau Betina?

Jantan
  • Organ seksual dan anus berjarak. 
  • Ada testis di bahagian belakang sekali. (selalunya testis ini akan jelas kelihatan bila hamster sudah berumur 2 bulan. Kalau baru lagi, boleh je nampak cuma tidak besar dan jelas la. =) 
  • Selalunya hamster Jantan akan kejar hamster betina. =D
  • Hamster jantan ini selalunya kurang agresif. (Tapi kalau roborovski, jantan betina sama je agresif! haha)
Betina
  • Organ seksual dan anus agak dekat
  • Tiada testis. 
  • Kebiasaannya, hamster betina akan agresif sedikit berbanding hamster jantan.
Thanks to Nabilah Bella atas gambar yang diberi! You're sooooo kind and cute... =D

Monday, October 10, 2011

BubuStylo Kembali Aktif!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Lama sungguh PM Bubujaya tidak update blog ini kan? PM Bubujaya minta maaf sebab kekangan masa (ish.. alasan!) yang tidak mengizinkan PM Bubujaya untuk update blog ini. Alhamdulillah, sekarang ini PM Bubujaya akan lebih aktif update blog ini.

Dengan semangat baru, PM Bubujaya telah ubah sedikit layout BubuStylo supaya ia berwajah baharu dan lebih mudah diakses oleh semua warga Bubujaya.

Friday, May 20, 2011

Hamster Syrian Selalu Gaduh?

Soalan: Hamster saya berspesies Syrian selalu bergaduh. Asyik wrestling je dalam sangkar, macam WWE! Apa perlu saya lakukan ya? -Kiwi, Rrara & Anggi.

Jawapan:
Hamster spesies Syrian secara semulajadi memang suka hidup sendirian- lonely! Syrian tak suka tinggal di dalam sangkar lebih dari 3 atau 4. Kalau tinggal berdua pun, tengok nasib je la.

Sewaktu kecil, syrian tiada masalah untuk tinggal beramai-ramai di dalam satu sangkar. Tetapi bila besar, syrian lebih suka tinggal seekor di dalam 1 sangkar. Itu sebab, bila anda beli hamster syrian di mana-mana kedai haiwan, anda akan dinasihatkan oleh jurujual untuk tempatkan seekor hamster syrian untuk 1 sangkar sahaja.

Hamster syrian hanya bersedia menerima 'housemate' jika digandingkan jantan betina disaat mereka perlu mengawan!

Kalau Letak Jantan Betina Syrian Dalam Satu Sangkar Boleh Tak?
Bukan semua hamster jantan betina akan serasi ibarat Jack n Rose dalam cerita Titanic! Kalau tak kena gaya, si betina akan bersifat dingin dan menyerang hamster syrian jantan. (Si Betina sangat garang n jual mahal ok!). Jika anda berniat untuk 'satukan hati' mereka, sila ikuti langkah demi langkah yang pernah saya beritahu dalam entri ini- Hamster Jantan Betina Selalu Gaduh?

Boleh Tak Saya Mandikan Hamster Dengan Air?

Soalan: Boleh tak saya mandikan hamster saya dengan air? -Solihin

Jawapan:
Boleh! Tiada salahnya anda mandikan hamster kesayangan anda dengan air. Tetapi perlu diingatkan, air tu jangan terlalu tinggi. Berikut adalah cara untuk mandikan hamster anda yang comel dengan air:

  1. Sediakan sebuah bekas. Kalau nak selamat, bekas tersebut mestilah tinggi supaya hamster anda tidak lari keluar sewaktu proses mandi dijalankan. (Kalau anda boleh kawal hamster anda, bekas tak tinggi pun ok.
  2. Masukkan air ke dalam bekas tersebut. Pastikan paras air hanya cecah kaki hamster sahaja dan tidak sampai menenggelamkan hamster kesayangan anda.
  3. Bila sudah sedia, masukkan hamster anda ke dalam bekas tersebut. Perlahan-lahan, ambil air dan curahkan ke atas badan hamster anda. Jangan terlalu ganas kerana nanti hamster akan rasa terancam dan gigit jari anda. hehe.
  4. Jangan terlalu lama di dalam air kerana hamster anda boleh terkena selsema. Bila hamster anda selsema, kebarangkalian untuk dia mati sangat tinggi! =(
  5. Jika sudah selesai, keluarkan hamster anda dari bekas tersebut. Sediakan tisu putih dan bantu hamster anda keringkan badan dia dengan tisu putih yan lembut. (Kalau nak guna tisu tandas pun boleh). Saya selalu salutkan hamster saya dengan tisu lembut dan dia suka. Kalau dengan Bubu, saya akan gulung dia dengan tisu lembut dan saya pegang dia. Dia suka dan duduk senyap je.. hehe.

Tetapi, saya LEBIH GALAKKAN anda mandikan hamster anda dengan sand bath. Biar dia mandi sendiri dengan sand bath tersebut. Hamster akan bergolek-golek di atas sand bath untuk membersihkan badan dia. =D

Dimana nak beli sand bath?
Pergi mana-mana pet shop yang berhampiran. Banyak je yang ada jual. Boleh juga ke outlet Petsmore. Nak beli di internet pun boleh. Google je. Nak lebih mudah, layari www.petsmore.com.my

Boleh Tak Tukar Bedding Hamster Baru Beranak?


Soalan- Hamster saya baru lahirkan anak-anak yang cute. Bau bedding pula sudah semakin busuk. Boleh ke saya tukar bedding sangkar tersebut? -Nabilah (Soalan telah diubahsuai supaya dimasukkan elemen drama! hehe)

Jawapan-
JANGAN! Tolong jangan tukar bedding sangkar itu untuk minggu pertama dan kedua. Kalau anda tukar juga, anda berhadapan risiko kesemua anak-anak hamster yang baru lahir itu mati dimakan oleh si ibu. Ibu hamster sangat sensitif dengan bau anak-anak mereka. Itu sebab kita dilarang untuk pegang anak hamster yang baru lahir kerana jika kita pegang, selepas itu si ibu pasti akan makan anak dia. Disaat itu, menangis tak berlagu la anda!

Si ibu hamster juga tidak suka jika dia berada dalam keadaan bahaya. Bila anda kerap melihat, menggoncang sangkar disaat anak-anak hamster masih baru, kebarangkalian si anak akan dimakan oleh si ibu itu terlalu tinggi.

Apa yang harus anda lakukan?
Biarkan sahaja sangkar itu berbau untuk minggu pertama dan kedua. Untuk masa akan datang, jika hamster anda sedang mengandung dan akan beranak tidak lama lagi, cepat-cepat tukar bedding sebelum hamster anda beranak. Kalau ada duit lebih, belilah bedding dengan haruman apple atau orange ke. Dan belilah sand bath yang berbau harum supaya ia tidaklah terlalu berbau busuk nanti bila sampai masanya. =D

Monday, January 17, 2011

Hamster Jantan dan Betina Bergaduh?


Niat murni anda untuk menyatukan hamster jantan dan betina gagal kerana mereka bergaduh? Urm.... Satu fakta yang harus anda tahu, hamster sangat peka dengan bau yang berbeza dengan dirinya. Kalau anda perasan, setiap kali anda panggil hamster anda pasti dia akan mengeluarkan muncung dan hidungnya dahulu untuk menghidu 'bau' anda. Jika bau yang bermain dengan dia, beri makan pada dia, sama, maka dia akan kenalpasti bahawa anda adalah tuannya! ;)

Soal hamster jantan dan betina ini pun hampir serupa. Cara terbaik untuk menyatukan mereka ialah:
  • Spesies- Pastikan spesies sama. Ini sangat mustahak. Janganlah memandai-mandai ingin kacukkan mereka kerana anda hanya akan mengakhiri hayat salah seekor hamster kesayangan anda. (Terutama kalau roborovski digandingkan dengan Syrian, habislah....)
  • Usia- Hamster yang masih kategori budak (baru lahir- 2 bulan) masih mahu bermain, berkawan, bergaduh. Mereka belum sampai ke tahap untuk 'disatukan'. Selalunya, hamster jantan akan mula mengejar hamster betina apabila usia mereka dalam 2 bulan keatas. Disaat ini, hamster betina akan buat mengada-ngada apabila dikejar hamster jantan. (Macam filem bollywood lak!)
  • Bau- Hamster sangat peka dengan bau! Kalau sebelum ini hamster jantan anda tinggal sendiri, tiba-tiba anda masukkan hamster betina ke dalam 'istana'nya, maka akan berlakulah pergaduhan yang besar diantara hamster jantan anda dan hamster betina tersebut kerana hamster akan mudah rasa terancam.
Jadi, macam mana nak satukan mereka? Ikuti langkah berikut:
  1. Sediakan satu bekas bersih dan isi sedikit air, anggaran air tersebut paras kaki hamster anda. (Bukan paras kaki anda ok!)
  2. Ambil hamster jantan dan betina, masukkan ke dalam bekas tersebut. Pastikan bekas tersebut tinggi supaya hamster-hamster tersebut tidak keluar daripada bekas. Maklumlah, hamster ini tidak suka mandi dengan air. Mereka lebih suka menggolekkan badan mereka pada pasir wangi. (serbuk pasir berperfume).
  3. Basahkan hamster anda dengan mengambil air dan dijirus kebadan hamster anda. Guna tangan sahaja. Tidak perlu guna gayung. (Matilah hamster tu kelemasan kalau guna gayung!)
  4. Disaat ini, bau masing-masing akan hilang dan mereka akan mempunyai bau yang sama.
  5. Selesai operasi membersihkan mereka, anda bolehlah lap mereka dengan kain kering. Pastikan bedding sangkar telah ditukar dengan bedding baru sebelum anda masukkan semula hamster-hamster tersebut ke dalam snagkar tersebut.
  6. Masukkan hamster jantan dan betina ke dalam sangkar dan biarkan mereka saling kejar mengejar ibarat filem hindustan...
Selamat mencuba!

Friday, January 29, 2010

BUBU STYLO






Seorang rakan Facebook bertanya, kenapa asyik gambar Bubu sahaja? Gambar kawan-kawan Bubu mana?
Sabar ya... Coming soon.
Nak tangkap gambnar Bubu ini pun cukup punya susah. Maklumlah, Bubu ini aktif! Nasib baik Bubu masih dapat dikawal, tak seperti Hokuto dan Minami (spesies Roborovski).
InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, kawan-kawan Bubu akan menjalani sesi photoshoot dalam minggu ini.
=)

CARA MENJINAKKAN HAMSTER


  • Apabila telah sampai ke rumah, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah memasukkan hamster baru anda ke dalam sangkar yang anda beli. Pastikan sangkar tersebut telah diletak bedding, makanan, air dan segala kelengkapan yang sepatutnya.

  • Biarkan hamster anda menerokai ‘rumah’ barunya pada hari pertama. Di saat ini, anda sudah boleh menamakan hamster comel anda dan memanggil namanya secara kerap.

  • Pada hari kedua, ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut. Letak dalam bekas makanan hamster anda. 

  • Hari ketiga, ulang langkah sebelum ini (ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut). Masukkan tangan anda secara perlahan-lahan ke dalam sangkar. Jangan tergopoh gapah, gelojoh, menerkam ataupun buat segala aksi yang mengejutkan hamster anda kerana ia hanya memberi isyarat kepadanya bahawa ‚bau’ ini adalah ancaman buatnya. Biar ia hidu bau anda dan dengan perlahan-lahan datang kepada anda untuk mengambil kuaci kegemarannya. Jangan anda terkam dia pula. Biarkan dia berasa selamat mengambil kuaci tersebut.

  • Setelah tiga, empat kali anda amalkan cara 3, perlahan-lahan cuba usap hamster anda atau pegang hamster anda. Ingat, perlahan-lahan! Biarkan dia bermain ditangan anda. Hamster suka turun dari satu tangan anda ke satu tangan yang lain.

  • Akhir sekali, kerapkan menyebut nama hamster kesayangan anda. Selalunya bila dia sudah terbiasa dengan suara anda, bau anda, dia akan keluar dan bermain-main di dalam sangkarnya. (Tapi jangan sekali ganggu waktu tidurnya!)

Disclaimer: Cara-cara diatas masih belum sesuai utuk hamster jenis Roborovski. TQ.

BUBU DENGAN BOLA LATIHANNYA





Gambar-gambar ini merupakan gambar Bubu bersama dengan roomate saya, Zaim. Saya jadi photographer sahaja. Sukar sebenarnya nak tangkap gambar Bubu. Dia asyik bergerak tanpa henti. Tak pandai duduk diam! Itu sebab mutu gambar kurang memuaskan. Ditambah pula, kami hanya menggunakan kamera hand phone! Bagaimanapun, tercapai juga hasrat nak ambil gambar Bubu. Gambar-gambar Bubu ini telah diedit oleh Roomate saya, Zaim.

HAND SANITIZER


Ini adalah tips untuk penjaga-penjaga hamster yang mementingkan kebersihan dan kesihatan diri. Saya menyarankan anda menggunakan hand sanitizer setiap kali anda selesai memegang atau menguruskan hamster kesayangan anda serta alat kelengkapannya.

Walaupun hamster dikategorikan haiwan yang pembersih, hakikatnya anda boleh lihat sendiri najisnya masih melekat pada duburnya dan kadang-kadang bulunya! Bulu hamster juga kerap terkena pada air kencingnya sendiri justeru penggunaan hand sanitizer adalah sangat digalakkan setiap kali anda memegang hamster anda ataupun menguruskan segala benda yang melibatkan hamster anda. Ia membantu anda mengekalkan tahap kebersihan diri serta mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang mungkin terjadi akibat penjagaan kesihatan yang tidak tepat.

Anda boleh membasuh tangan anda setiap kali anda memegang hamster comel anda. Tetapi antara cara yang paling cepat dan berkesan juga adalah dengan menggunakan hand sanitizer. Sebotol hand sanitizer 50ml berharga RM3.00 – RM5.00. (bergantung kepada jenama). Ia bersaiz kompak dan mudah untuk anda bawa kemana-mana sahaja. Anda hanya perlu tuang sedikit cecair hand sanitizer ini ke tapak tangan anda, kemudian anda sapu dan gosokkan ke seluruh kawasan tapak tangan anda, belakang tangan anda, jari jemari termasuk kuku. Semoga anda dan hamster kesayangan anda akan sentiasa sihat dan cergas selalu!

BUBU YANG SUKA PANJAT!






Bulu Bubu panjang. Bak kata roomate saya, macam karpet! Bubu tidak cerewet dalam makan-makan. Dia makan sahaja apa yang saya hidangkan padanya. Bubu ini ada tabiat yang baik; aktif. Dia suka panjat sangkar dia. Bubu juga suka jalan dari satu tangan ke tangan yang lain. Comel sangat! Ini sahaja dahulu koleksi gambar Bubu. Kita sambung lain kali ok! Bye! Wassalam.

Tuesday, January 26, 2010

MANJAKAN HAMSTER ANDA?

Ada duit lebih? Disini saya senaraikan barang-barang tambahan yang boleh anda beli untuk hamster kesayangan anda.

1. Exercise Ball
Dengan adanya bola latihan ini, hamster kesayangan anda akan bebas meneroka kawasan rumah anda tanpa perlu risau ia hilang. Kalau anda lepaskan hamster kesayangan anda ini tanpa memasukkan ia ke dalam bola latihan ini, maka akan hilanglah hamster tersebut. =) Bola ini juga berfungsi sebagai alat senaman yang bagus buat hamster anda. Harganya sekitar RM7.00 - RM10.00.


2. Wheel yang lebih besar
Wheel yang diberi dalam sangkar yang anda beli selalunya sesuai untuk hamster kecil. Kalau hamster anda jenis Syrian atau besar, maka anda harus beli wheel yang lebih besar sesuai dengan badannya. Tidaklah nanti melengkung badan hamster anda ketika bermain wheel tersebut. Harga standard wheel yang bersaiz sederhana besar dan besar dalam linkungan RM7.00 - RM15.00.


3. Spray Shampoo
Hamster tidak gemar badannya terkena air. Justeru, antara cara nak mandikan hamster ini agar ia sentiasa wangi dan bersih ialah dengan cara beli spray shampoo ini dan spray pada badannya. Kemudian, lap badan hamster anda dengan sehelai kain bersih. Harga shampoo ini RM8.00.


4. Sand Bath
Ini juga antara cara terbaik untuk mandikan hamster anda. Jika anda tidak mahu mandikan hamster anda dengan spray shampoo, anda juga boleh mandikan ia dengan meletakkan serbuk pasir bersih yang berbau harum ini ke dalam sangkarnya. Hamster comel anda akan berguling-guling dengan sendirinya di atas pasir tersebut dan ia akan sukakan haruman-haruman yang ada pada pasir tersebut. Ada dijual dalam bentuk packet seperti diatas, ada juga dijual dalam bekas. Harga berbeza mengikut saiz. Normal price RM10.00.

5. Multivitamin
Multivitamin ini perlu utuk memastikan hamster comel anda tidak mengalami sebarang penyakit dan bebas dari sebarang jangkitan. Tahukah anda, dengan hanya terkena cirit birit, hamster anda boleh mati! Justeru, pengambilan multivitamin perlu bagi menambahbaikkan sistem imunisasi dan tahap kesihatan hamster anda. Harga sekitar RM7.00-RM12.00.

6. Alat Mengasah Gigi
Gigi hamster yang tajam dan panjang membuatkan hamster tidak selesa. Hamster cenderung untuk menggigit apa jua yang ada untuk mengasah giginya. Jika tiada alat yang dibekalkan, maka ia akan gigit sangkarnya sendiri. Justeru, belilah satu kayu kecil untuk memudahkan ia mengasah giginya. Kebanyakan kedai haiwan ada menjual alat mengasah gigi hamster ini. Selalunya dalam bentuk kayu. Harga dalam RM5.00 keatas. Nak lebih jimat? Ambil sahaja kayu yang ada disekitar rmah anda, bersihkan dan masukkan dalam sangkar. =)

Dimana anda boleh dapatkan barang-barang diatas? Kunjungi kedai haiwan yang berdekatan di kawasan rumah anda. Kebanyakan kedai haiwan ada menjual barang-barang yang saya sebutkan sebentar tadi.
Sekian dahulu, ada lagi saya akan tambah.