Jumaat, 20 Mei 2011

Boleh Tak Tukar Bedding Hamster Baru Beranak?


Soalan- Hamster saya baru lahirkan anak-anak yang cute. Bau bedding pula sudah semakin busuk. Boleh ke saya tukar bedding sangkar tersebut? -Nabilah (Soalan telah diubahsuai supaya dimasukkan elemen drama! hehe)

Jawapan-
JANGAN! Tolong jangan tukar bedding sangkar itu untuk minggu pertama dan kedua. Kalau anda tukar juga, anda berhadapan risiko kesemua anak-anak hamster yang baru lahir itu mati dimakan oleh si ibu. Ibu hamster sangat sensitif dengan bau anak-anak mereka. Itu sebab kita dilarang untuk pegang anak hamster yang baru lahir kerana jika kita pegang, selepas itu si ibu pasti akan makan anak dia. Disaat itu, menangis tak berlagu la anda!

Si ibu hamster juga tidak suka jika dia berada dalam keadaan bahaya. Bila anda kerap melihat, menggoncang sangkar disaat anak-anak hamster masih baru, kebarangkalian si anak akan dimakan oleh si ibu itu terlalu tinggi.

Apa yang harus anda lakukan?
Biarkan sahaja sangkar itu berbau untuk minggu pertama dan kedua. Untuk masa akan datang, jika hamster anda sedang mengandung dan akan beranak tidak lama lagi, cepat-cepat tukar bedding sebelum hamster anda beranak. Kalau ada duit lebih, belilah bedding dengan haruman apple atau orange ke. Dan belilah sand bath yang berbau harum supaya ia tidaklah terlalu berbau busuk nanti bila sampai masanya. =D

3 ulasan:

  1. pape pun kita kena yakin ngan hamster kita gak..tak sume hamster tu makna anak doa kalo kita kaco..sb i saloo gak men2 ngan mak dia n cuit2 anak dia..so far oke jer..

    BalasPadam
  2. Yup.. depends juga. cuma kena hati2 kan? takut kegembiraan bertukar tragedi. Nanti xdpt baby hamster... huhu

    BalasPadam
  3. bolehke saya letak sand bath masa dah beranak hmster sya syrian

    BalasPadam