Jumaat, 20 Mei 2011

Boleh Tak Saya Mandikan Hamster Dengan Air?

Soalan: Boleh tak saya mandikan hamster saya dengan air? -Solihin

Jawapan:
Boleh! Tiada salahnya anda mandikan hamster kesayangan anda dengan air. Tetapi perlu diingatkan, air tu jangan terlalu tinggi. Berikut adalah cara untuk mandikan hamster anda yang comel dengan air:

  1. Sediakan sebuah bekas. Kalau nak selamat, bekas tersebut mestilah tinggi supaya hamster anda tidak lari keluar sewaktu proses mandi dijalankan. (Kalau anda boleh kawal hamster anda, bekas tak tinggi pun ok.
  2. Masukkan air ke dalam bekas tersebut. Pastikan paras air hanya cecah kaki hamster sahaja dan tidak sampai menenggelamkan hamster kesayangan anda.
  3. Bila sudah sedia, masukkan hamster anda ke dalam bekas tersebut. Perlahan-lahan, ambil air dan curahkan ke atas badan hamster anda. Jangan terlalu ganas kerana nanti hamster akan rasa terancam dan gigit jari anda. hehe.
  4. Jangan terlalu lama di dalam air kerana hamster anda boleh terkena selsema. Bila hamster anda selsema, kebarangkalian untuk dia mati sangat tinggi! =(
  5. Jika sudah selesai, keluarkan hamster anda dari bekas tersebut. Sediakan tisu putih dan bantu hamster anda keringkan badan dia dengan tisu putih yan lembut. (Kalau nak guna tisu tandas pun boleh). Saya selalu salutkan hamster saya dengan tisu lembut dan dia suka. Kalau dengan Bubu, saya akan gulung dia dengan tisu lembut dan saya pegang dia. Dia suka dan duduk senyap je.. hehe.

Tetapi, saya LEBIH GALAKKAN anda mandikan hamster anda dengan sand bath. Biar dia mandi sendiri dengan sand bath tersebut. Hamster akan bergolek-golek di atas sand bath untuk membersihkan badan dia. =D

Dimana nak beli sand bath?
Pergi mana-mana pet shop yang berhampiran. Banyak je yang ada jual. Boleh juga ke outlet Petsmore. Nak beli di internet pun boleh. Google je. Nak lebih mudah, layari www.petsmore.com.my

14 ulasan:

  1. boleh mandikan hamster dengan shampoo x?

    BalasPadam
  2. Hi Rose Ainnie,
    Saya tak galakkan! Melainkan kalau u beli shampoo khas hamster yang ada dijual di pet shop. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saye nak tahu hamster saye jenis ape

      Padam
    2. Aizat, rujuk entri saya berjudul Jenis-Jenis Hamster. http://bubustylo.blogspot.com/2010/01/jenis-jenis-hamster.html

      Padam
  3. hamster sy xnak mandi sendiri wlupun dah sediakan sand bath..skrg dia pnya bulu mula gugur sbb gatal..ape sy nak buat ek??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak faktor kenapa hamster tidak suka sand bath. Antaranya mungkin faktor bau yang berlebihan pada sand bath. Jika hamster comel Wendy tidak suka sand bath, Wendy mandikan sahaja hamster dengan menggunakan air. Ikut aturan yang saya letak di atas. :)

      Padam
  4. tak boleh guna hair driyer untuk kring kan

    BalasPadam
  5. salam.tumpang tanya.saya beli sand bath tapi depa tamaw pon bekubang dalam tu.bulu byak gugur.walaupon ada guna sympu khas dia tu.vitamin pon ada bagi . camna tu erk ? dan klau hamster baru melhirkan ,dekt dlam cage dia tu nk biaq kosong ka isi mainan2 dia tu?

    BalasPadam
  6. Hamster saya jenis winter white jantan n betina..mula2 bela ok jer..tp skrang tiba2 dia bergaduh..yg betina asyik nk menyerang jantan je smpai luka n berdarah sijantan 2..knpe eh...

    BalasPadam
  7. https://m.facebook.com/lovelykucing.sayang
    Boleh mandikan hamster juga..menggunakan spray mandian ...like page sy ye..thank you ;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana eh nak mandikan dengan spray?

      Padam
    2. Tutup bahagian muka hamster dengn tangan..spray bahagian bulu belakang je..lpas tu lap n keringkn..jgn bg hamster jilat bulu dia klau beli body spray di kedai..Spray air putih saja tak pe..

      Padam
  8. boleh mandikan ibu hamster dgn pasir bath tu x .nk tahu samada perlu bg mandi ke tdk sbb dia baru ja beranak 6 hari lepas

    BalasPadam