Selasa, 18 Januari 2011

Hamster Jantan dan Betina Bergaduh?


Niat murni anda untuk menyatukan hamster jantan dan betina gagal kerana mereka bergaduh? Urm.... Satu fakta yang harus anda tahu, hamster sangat peka dengan bau yang berbeza dengan dirinya. Kalau anda perasan, setiap kali anda panggil hamster anda pasti dia akan mengeluarkan muncung dan hidungnya dahulu untuk menghidu 'bau' anda. Jika bau yang bermain dengan dia, beri makan pada dia, sama, maka dia akan kenalpasti bahawa anda adalah tuannya! ;)

Soal hamster jantan dan betina ini pun hampir serupa. Cara terbaik untuk menyatukan mereka ialah:
  • Spesies- Pastikan spesies sama. Ini sangat mustahak. Janganlah memandai-mandai ingin kacukkan mereka kerana anda hanya akan mengakhiri hayat salah seekor hamster kesayangan anda. (Terutama kalau roborovski digandingkan dengan Syrian, habislah....)
  • Usia- Hamster yang masih kategori budak (baru lahir- 2 bulan) masih mahu bermain, berkawan, bergaduh. Mereka belum sampai ke tahap untuk 'disatukan'. Selalunya, hamster jantan akan mula mengejar hamster betina apabila usia mereka dalam 2 bulan keatas. Disaat ini, hamster betina akan buat mengada-ngada apabila dikejar hamster jantan. (Macam filem bollywood lak!)
  • Bau- Hamster sangat peka dengan bau! Kalau sebelum ini hamster jantan anda tinggal sendiri, tiba-tiba anda masukkan hamster betina ke dalam 'istana'nya, maka akan berlakulah pergaduhan yang besar diantara hamster jantan anda dan hamster betina tersebut kerana hamster akan mudah rasa terancam.
Jadi, macam mana nak satukan mereka? Ikuti langkah berikut:
  1. Sediakan satu bekas bersih dan isi sedikit air, anggaran air tersebut paras kaki hamster anda. (Bukan paras kaki anda ok!)
  2. Ambil hamster jantan dan betina, masukkan ke dalam bekas tersebut. Pastikan bekas tersebut tinggi supaya hamster-hamster tersebut tidak keluar daripada bekas. Maklumlah, hamster ini tidak suka mandi dengan air. Mereka lebih suka menggolekkan badan mereka pada pasir wangi. (serbuk pasir berperfume).
  3. Basahkan hamster anda dengan mengambil air dan dijirus kebadan hamster anda. Guna tangan sahaja. Tidak perlu guna gayung. (Matilah hamster tu kelemasan kalau guna gayung!)
  4. Disaat ini, bau masing-masing akan hilang dan mereka akan mempunyai bau yang sama.
  5. Selesai operasi membersihkan mereka, anda bolehlah lap mereka dengan kain kering. Pastikan bedding sangkar telah ditukar dengan bedding baru sebelum anda masukkan semula hamster-hamster tersebut ke dalam snagkar tersebut.
  6. Masukkan hamster jantan dan betina ke dalam sangkar dan biarkan mereka saling kejar mengejar ibarat filem hindustan...
Selamat mencuba!