Jumaat, 20 Mei 2011

Hamster Syrian Selalu Gaduh?

Soalan: Hamster saya berspesies Syrian selalu bergaduh. Asyik wrestling je dalam sangkar, macam WWE! Apa perlu saya lakukan ya? -Kiwi, Rrara & Anggi.

Jawapan:
Hamster spesies Syrian secara semulajadi memang suka hidup sendirian- lonely! Syrian tak suka tinggal di dalam sangkar lebih dari 3 atau 4. Kalau tinggal berdua pun, tengok nasib je la.

Sewaktu kecil, syrian tiada masalah untuk tinggal beramai-ramai di dalam satu sangkar. Tetapi bila besar, syrian lebih suka tinggal seekor di dalam 1 sangkar. Itu sebab, bila anda beli hamster syrian di mana-mana kedai haiwan, anda akan dinasihatkan oleh jurujual untuk tempatkan seekor hamster syrian untuk 1 sangkar sahaja.

Hamster syrian hanya bersedia menerima 'housemate' jika digandingkan jantan betina disaat mereka perlu mengawan!

Kalau Letak Jantan Betina Syrian Dalam Satu Sangkar Boleh Tak?
Bukan semua hamster jantan betina akan serasi ibarat Jack n Rose dalam cerita Titanic! Kalau tak kena gaya, si betina akan bersifat dingin dan menyerang hamster syrian jantan. (Si Betina sangat garang n jual mahal ok!). Jika anda berniat untuk 'satukan hati' mereka, sila ikuti langkah demi langkah yang pernah saya beritahu dalam entri ini- Hamster Jantan Betina Selalu Gaduh?

Boleh Tak Saya Mandikan Hamster Dengan Air?

Soalan: Boleh tak saya mandikan hamster saya dengan air? -Solihin

Jawapan:
Boleh! Tiada salahnya anda mandikan hamster kesayangan anda dengan air. Tetapi perlu diingatkan, air tu jangan terlalu tinggi. Berikut adalah cara untuk mandikan hamster anda yang comel dengan air:

  1. Sediakan sebuah bekas. Kalau nak selamat, bekas tersebut mestilah tinggi supaya hamster anda tidak lari keluar sewaktu proses mandi dijalankan. (Kalau anda boleh kawal hamster anda, bekas tak tinggi pun ok.
  2. Masukkan air ke dalam bekas tersebut. Pastikan paras air hanya cecah kaki hamster sahaja dan tidak sampai menenggelamkan hamster kesayangan anda.
  3. Bila sudah sedia, masukkan hamster anda ke dalam bekas tersebut. Perlahan-lahan, ambil air dan curahkan ke atas badan hamster anda. Jangan terlalu ganas kerana nanti hamster akan rasa terancam dan gigit jari anda. hehe.
  4. Jangan terlalu lama di dalam air kerana hamster anda boleh terkena selsema. Bila hamster anda selsema, kebarangkalian untuk dia mati sangat tinggi! =(
  5. Jika sudah selesai, keluarkan hamster anda dari bekas tersebut. Sediakan tisu putih dan bantu hamster anda keringkan badan dia dengan tisu putih yan lembut. (Kalau nak guna tisu tandas pun boleh). Saya selalu salutkan hamster saya dengan tisu lembut dan dia suka. Kalau dengan Bubu, saya akan gulung dia dengan tisu lembut dan saya pegang dia. Dia suka dan duduk senyap je.. hehe.

Tetapi, saya LEBIH GALAKKAN anda mandikan hamster anda dengan sand bath. Biar dia mandi sendiri dengan sand bath tersebut. Hamster akan bergolek-golek di atas sand bath untuk membersihkan badan dia. =D

Dimana nak beli sand bath?
Pergi mana-mana pet shop yang berhampiran. Banyak je yang ada jual. Boleh juga ke outlet Petsmore. Nak beli di internet pun boleh. Google je. Nak lebih mudah, layari www.petsmore.com.my

Boleh Tak Tukar Bedding Hamster Baru Beranak?


Soalan- Hamster saya baru lahirkan anak-anak yang cute. Bau bedding pula sudah semakin busuk. Boleh ke saya tukar bedding sangkar tersebut? -Nabilah (Soalan telah diubahsuai supaya dimasukkan elemen drama! hehe)

Jawapan-
JANGAN! Tolong jangan tukar bedding sangkar itu untuk minggu pertama dan kedua. Kalau anda tukar juga, anda berhadapan risiko kesemua anak-anak hamster yang baru lahir itu mati dimakan oleh si ibu. Ibu hamster sangat sensitif dengan bau anak-anak mereka. Itu sebab kita dilarang untuk pegang anak hamster yang baru lahir kerana jika kita pegang, selepas itu si ibu pasti akan makan anak dia. Disaat itu, menangis tak berlagu la anda!

Si ibu hamster juga tidak suka jika dia berada dalam keadaan bahaya. Bila anda kerap melihat, menggoncang sangkar disaat anak-anak hamster masih baru, kebarangkalian si anak akan dimakan oleh si ibu itu terlalu tinggi.

Apa yang harus anda lakukan?
Biarkan sahaja sangkar itu berbau untuk minggu pertama dan kedua. Untuk masa akan datang, jika hamster anda sedang mengandung dan akan beranak tidak lama lagi, cepat-cepat tukar bedding sebelum hamster anda beranak. Kalau ada duit lebih, belilah bedding dengan haruman apple atau orange ke. Dan belilah sand bath yang berbau harum supaya ia tidaklah terlalu berbau busuk nanti bila sampai masanya. =D