Sabtu, 30 Januari 2010

BUBU STYLO






Seorang rakan Facebook bertanya, kenapa asyik gambar Bubu sahaja? Gambar kawan-kawan Bubu mana?
Sabar ya... Coming soon.
Nak tangkap gambnar Bubu ini pun cukup punya susah. Maklumlah, Bubu ini aktif! Nasib baik Bubu masih dapat dikawal, tak seperti Hokuto dan Minami (spesies Roborovski).
InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, kawan-kawan Bubu akan menjalani sesi photoshoot dalam minggu ini.
=)

CARA MENJINAKKAN HAMSTER


  • Apabila telah sampai ke rumah, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah memasukkan hamster baru anda ke dalam sangkar yang anda beli. Pastikan sangkar tersebut telah diletak bedding, makanan, air dan segala kelengkapan yang sepatutnya.

  • Biarkan hamster anda menerokai ‘rumah’ barunya pada hari pertama. Di saat ini, anda sudah boleh menamakan hamster comel anda dan memanggil namanya secara kerap.

  • Pada hari kedua, ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut. Letak dalam bekas makanan hamster anda. 

  • Hari ketiga, ulang langkah sebelum ini (ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut). Masukkan tangan anda secara perlahan-lahan ke dalam sangkar. Jangan tergopoh gapah, gelojoh, menerkam ataupun buat segala aksi yang mengejutkan hamster anda kerana ia hanya memberi isyarat kepadanya bahawa ‚bau’ ini adalah ancaman buatnya. Biar ia hidu bau anda dan dengan perlahan-lahan datang kepada anda untuk mengambil kuaci kegemarannya. Jangan anda terkam dia pula. Biarkan dia berasa selamat mengambil kuaci tersebut.

  • Setelah tiga, empat kali anda amalkan cara 3, perlahan-lahan cuba usap hamster anda atau pegang hamster anda. Ingat, perlahan-lahan! Biarkan dia bermain ditangan anda. Hamster suka turun dari satu tangan anda ke satu tangan yang lain.

  • Akhir sekali, kerapkan menyebut nama hamster kesayangan anda. Selalunya bila dia sudah terbiasa dengan suara anda, bau anda, dia akan keluar dan bermain-main di dalam sangkarnya. (Tapi jangan sekali ganggu waktu tidurnya!)

Disclaimer: Cara-cara diatas masih belum sesuai utuk hamster jenis Roborovski. TQ.

BUBU DENGAN BOLA LATIHANNYA





Gambar-gambar ini merupakan gambar Bubu bersama dengan roomate saya, Zaim. Saya jadi photographer sahaja. Sukar sebenarnya nak tangkap gambar Bubu. Dia asyik bergerak tanpa henti. Tak pandai duduk diam! Itu sebab mutu gambar kurang memuaskan. Ditambah pula, kami hanya menggunakan kamera hand phone! Bagaimanapun, tercapai juga hasrat nak ambil gambar Bubu. Gambar-gambar Bubu ini telah diedit oleh Roomate saya, Zaim.

HAND SANITIZER


Ini adalah tips untuk penjaga-penjaga hamster yang mementingkan kebersihan dan kesihatan diri. Saya menyarankan anda menggunakan hand sanitizer setiap kali anda selesai memegang atau menguruskan hamster kesayangan anda serta alat kelengkapannya.

Walaupun hamster dikategorikan haiwan yang pembersih, hakikatnya anda boleh lihat sendiri najisnya masih melekat pada duburnya dan kadang-kadang bulunya! Bulu hamster juga kerap terkena pada air kencingnya sendiri justeru penggunaan hand sanitizer adalah sangat digalakkan setiap kali anda memegang hamster anda ataupun menguruskan segala benda yang melibatkan hamster anda. Ia membantu anda mengekalkan tahap kebersihan diri serta mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang mungkin terjadi akibat penjagaan kesihatan yang tidak tepat.

Anda boleh membasuh tangan anda setiap kali anda memegang hamster comel anda. Tetapi antara cara yang paling cepat dan berkesan juga adalah dengan menggunakan hand sanitizer. Sebotol hand sanitizer 50ml berharga RM3.00 – RM5.00. (bergantung kepada jenama). Ia bersaiz kompak dan mudah untuk anda bawa kemana-mana sahaja. Anda hanya perlu tuang sedikit cecair hand sanitizer ini ke tapak tangan anda, kemudian anda sapu dan gosokkan ke seluruh kawasan tapak tangan anda, belakang tangan anda, jari jemari termasuk kuku. Semoga anda dan hamster kesayangan anda akan sentiasa sihat dan cergas selalu!

Jumaat, 29 Januari 2010

BUBU YANG SUKA PANJAT!






Bulu Bubu panjang. Bak kata roomate saya, macam karpet! Bubu tidak cerewet dalam makan-makan. Dia makan sahaja apa yang saya hidangkan padanya. Bubu ini ada tabiat yang baik; aktif. Dia suka panjat sangkar dia. Bubu juga suka jalan dari satu tangan ke tangan yang lain. Comel sangat! Ini sahaja dahulu koleksi gambar Bubu. Kita sambung lain kali ok! Bye! Wassalam.

Selasa, 26 Januari 2010

MANJAKAN HAMSTER ANDA?

Ada duit lebih? Disini saya senaraikan barang-barang tambahan yang boleh anda beli untuk hamster kesayangan anda.

1. Exercise Ball
Dengan adanya bola latihan ini, hamster kesayangan anda akan bebas meneroka kawasan rumah anda tanpa perlu risau ia hilang. Kalau anda lepaskan hamster kesayangan anda ini tanpa memasukkan ia ke dalam bola latihan ini, maka akan hilanglah hamster tersebut. =) Bola ini juga berfungsi sebagai alat senaman yang bagus buat hamster anda. Harganya sekitar RM7.00 - RM10.00.


2. Wheel yang lebih besar
Wheel yang diberi dalam sangkar yang anda beli selalunya sesuai untuk hamster kecil. Kalau hamster anda jenis Syrian atau besar, maka anda harus beli wheel yang lebih besar sesuai dengan badannya. Tidaklah nanti melengkung badan hamster anda ketika bermain wheel tersebut. Harga standard wheel yang bersaiz sederhana besar dan besar dalam linkungan RM7.00 - RM15.00.


3. Spray Shampoo
Hamster tidak gemar badannya terkena air. Justeru, antara cara nak mandikan hamster ini agar ia sentiasa wangi dan bersih ialah dengan cara beli spray shampoo ini dan spray pada badannya. Kemudian, lap badan hamster anda dengan sehelai kain bersih. Harga shampoo ini RM8.00.


4. Sand Bath
Ini juga antara cara terbaik untuk mandikan hamster anda. Jika anda tidak mahu mandikan hamster anda dengan spray shampoo, anda juga boleh mandikan ia dengan meletakkan serbuk pasir bersih yang berbau harum ini ke dalam sangkarnya. Hamster comel anda akan berguling-guling dengan sendirinya di atas pasir tersebut dan ia akan sukakan haruman-haruman yang ada pada pasir tersebut. Ada dijual dalam bentuk packet seperti diatas, ada juga dijual dalam bekas. Harga berbeza mengikut saiz. Normal price RM10.00.

5. Multivitamin
Multivitamin ini perlu utuk memastikan hamster comel anda tidak mengalami sebarang penyakit dan bebas dari sebarang jangkitan. Tahukah anda, dengan hanya terkena cirit birit, hamster anda boleh mati! Justeru, pengambilan multivitamin perlu bagi menambahbaikkan sistem imunisasi dan tahap kesihatan hamster anda. Harga sekitar RM7.00-RM12.00.

6. Alat Mengasah Gigi
Gigi hamster yang tajam dan panjang membuatkan hamster tidak selesa. Hamster cenderung untuk menggigit apa jua yang ada untuk mengasah giginya. Jika tiada alat yang dibekalkan, maka ia akan gigit sangkarnya sendiri. Justeru, belilah satu kayu kecil untuk memudahkan ia mengasah giginya. Kebanyakan kedai haiwan ada menjual alat mengasah gigi hamster ini. Selalunya dalam bentuk kayu. Harga dalam RM5.00 keatas. Nak lebih jimat? Ambil sahaja kayu yang ada disekitar rmah anda, bersihkan dan masukkan dalam sangkar. =)

Dimana anda boleh dapatkan barang-barang diatas? Kunjungi kedai haiwan yang berdekatan di kawasan rumah anda. Kebanyakan kedai haiwan ada menjual barang-barang yang saya sebutkan sebentar tadi.
Sekian dahulu, ada lagi saya akan tambah.

SUPERB!



PENGALAMAN : KOS PERMULAAN



Pada entri sebelum ini, saya telah menceritakan perkara asas yang perlu ada untuk seseorang membela hamster. Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan kos permulaan saya ketika mula-mula membela Bubu dan kos kawan-kawan saya.

Mengenang kembali saat saya memiliki Bubu, saya dapat Bubu percuma daripada Petsmore.com sempena pembukaan rasmi cawangan terbaru kedai tersebut di Wangsa Walk Mall. Selepas itu, saya beli sangkar Bubu yang bersaiz sederhana besar berharga RM47.00 (harga asal RM49.00), bedding jenis natural RM5.00 dan makanan berharga RM6.00. Total RM58.00.

Kawan saya, Jason, dia beli 2 ekor hamster jenis Roborovski dari kawan dia berharga RM10.00 setiap satu, sangkar bersaiz kecil dengan harga RM21.00, bedding apple berharga RM10.00 dan makanan berharga RM6.00. Total RM57.00.

Kawan saya, Damian, beli seekor hamster jenis Winter White berharga RM12.00, sangkar bersaiz sederhana berharga RM35.00, bedding natural RM5.00 dan makanan berharga RM8.00. Total RM60.00.

BENDA ASAS UNTUK BELA HAMSTER


Acapkali saya menerima soalan-soalan seperti ini:
“Susah tak nak jaga hamster ni?”
“Kos nak jaga mesti tinggi kan?”
“Berapa bajet awal nak bela hamster ni?”

Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan bersama anda perkara-perkara asas yang perlu ada untuk bela hamster kesayangan anda.

SANGKAR
Ini adalah benda penting yang anda wajib beli. Takkan anda nak lepas hamster comel anda berkeliaran dalam rumah anda atau bilik anda pada hari pertama anda membelinya? Justeru, sangkar sangat penting sebagai benda asas dalam memelihara seekor hamster. Saiz sangkar bergantung kepada saiz hamster dan jenis hamster yang anda beli. Jangan beli sangkar kecil untuk hamster jenis Syrian kerana Syrian bakal membesar dan sangkar kecil tidaklah sesuai untuk hamster jenis ini. Untuk hamster jenis Roborovski tidak mengapa kerana saiz mereka kecil dan sangat comel. Yang penting, pastikan hamster comel anda selesa dengan sangkar yang dibeli. Selalunya, apabila anda membeli sangkar, dalam sangkar tersebut sudah ada wheel (roda mainan hamster), bekas makanan, bekas isi air (pastikan muncungnya besi dan bukan plastik kerana hamster kawan saya telah gigit muncung bekas air plastik semasa hendak minum dan ia mengundang kerosakan kepada bekas air tersebut.) dan juga sebuah rumah kecil untuk hamster tidur. Ada juga yang sertakan tandas hamster. Harga standard untuk sangkar kecil sekitar RM18.00. Untuk saiz sederhana besar bermula dengan RM35.00-RM49.00. Harga sangkar juga bergantung kepada saiz sangkar dan kecanggihannya. Semakin besar dan canggih sesebuah sangkar, semakin mahal harga sangkar tersebut.


MAKANAN
Untuk membeli makanan hamster, saya cadangkan anda membeli makanan hamster yang mengandungi campuran biji kuaci, gandum, jagung, kacang soya, bijirin, kacang hijau dan sebagainya. Ia memenuhi keperluan asas dalam piramid makanan hamster. Jangan terlalu kerap memberi makan kuaci kerana kuaci banyak lemak dan jika diambil secara berlebihan, hamster kesayangan anda akan bertambah montok dan obes. Harga sekitar RM6.00 hingga RM15.00 bergantung kepada saiz makanan tersebut. Buat permulaan, beli yang sederhana saiznya, harga RM6.00.

BEDDING
Hamster memerlukan bedding untuk mengekalkan tahap kebersihan sangkar. Hamster kurang gemar badannya terkena air. Justeru, antara peranan bedding ini adalah untuk menyerap air kecing hamster ini. Ia juga berperanan menyerap bau-bau yang kurang enak yang ada dalam sangkar disamping menambahkan keselesaan hamster tersebut. Untuk bedding, selalunya kita menggunakan habuk kayu berwarna putih. Akan tetapi, jika hamster kesayangan anda alah pada habuk kayu, anda juga boleh menggunakan tisu tandas yang telah dicarik-carik. Jika anda ke kedai haiwan, pasti anda akan lihat pelbagai jenis habuk kayu dijual disana. Ada yang natural, ada yang berbau strawberry, apple dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa anda dalam memilih jenis habuk kayu yang sesuai untuk hamster comel anda. Harga? Sekitar RM5.00-RM10.00 berdasarkan saiz dan jenis. Jangan letak banyak sangat dan jangan pula terlalu sedikit! Biasanya sekali beli, boleh guna untuk tempoh 2 bulan.

NAMA HAMSTER ANDA



Hamster suka apabila tuannya berkomunikasi dengannya. Selalulah menyebut nama hamster kesayangan anda dan apabila dia sudah familiar, dengan sendirinya dia akan memberi respon (tapi bukan dalam bentuk bunyi!).

  1. Pilih nama yang mudah disebut.
  2. Selalu memanggil hamster kesayangan anda dengan namanya.
  3. Sebut namanya bila anda memberi makanan kepada hamster kesayangan anda.

Di awal memlihara Bubu, saya kerap memanggil-manggil Bubu. Selalunya dia akan buat tak tahu. Selepas seminggu saya amalkan memanggil-manggil dia dengan namanya, apabila saya sebut sahaja BUBU... Dia terus keluar dari rumahnya! Hehe.

Setakat hari ini, saya ada 3 ekor syrian hamster, 2 jantan (Bubu dan Miki), seekor betina (Mini) dan 2 ekor roborovski hamster, seekor jantan (Hokuto) dan seekor betina (Minami). =)

BUBUJAYA

Kawasan perumahan Hamster, Bubujaya. Nama Bubujaya diambil sempena nama hamster pertama yang saya bela bernama Bubu. =p



Istimewanya sangkar ini, sepatutnya satu rumah sahaja, namun setelah diubahsuai maka jadi 2 rumah. Tingkat atas dihuni sepasang suami isteri Syrian Hamster bernama Miki & Mini manakala di tingkat bawah dihuni sepasang suami isteri muda Roborovski Hamster bernama Hokuto dan Minami.


Inilah Istana Bubu. =)


Penthouse milik Miki dan Mini.


Rumah Hokuto dan Minami. Kotak itu sebagai bilik tidur sementara Hokuto dan Minimi sebelum mereka mendapat bilik baru!


Ahad, 24 Januari 2010

JENIS-JENIS HAMSTER

Champbell Hamster


Winter White Hamster


Syrian Hamster


Roborovski Hamster


Chinese Hamster




My First Entry



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Nama saya Husaini, pengendali blog Super Hamster. Super Hamster merupakan gelaran yang saya beri kepada hamster saya yang bernama Bubu. Kalau anda semua hendak tahu, Bubu adalah hamster pertama yang saya bela. Cukup comel tetapi lasak!

Bubu ini hamster spesies Syrian. Bulu Bubu sangat lebat. Matanya hitam. Siang tidur, malam berjaga. (macam lagu nenek si bongkok tiga pula!).

Berbalik kepada blog Super Hamster ini, insyaALLAH saya akan muatkan segala info-info menarik berkenaan hamster seperti cara penjagaan hamster, kehamilan hamster, cara untuk melindungi hamster kesayangan anda dari sebarang penyakit, info-info menarik tentang hamster dan lain-lain. Turut dimuatkan kisah tentang Bubu dan rakan-rakannya!

Ok, cukup setakat ini untuk entry pertama. InsyaALLAH, kita bertemu lagi dalam entri berikutnya.

Wassalam.

Husaini Hussein.