Selasa, 26 Januari 2010

MANJAKAN HAMSTER ANDA?

Ada duit lebih? Disini saya senaraikan barang-barang tambahan yang boleh anda beli untuk hamster kesayangan anda.

1. Exercise Ball
Dengan adanya bola latihan ini, hamster kesayangan anda akan bebas meneroka kawasan rumah anda tanpa perlu risau ia hilang. Kalau anda lepaskan hamster kesayangan anda ini tanpa memasukkan ia ke dalam bola latihan ini, maka akan hilanglah hamster tersebut. =) Bola ini juga berfungsi sebagai alat senaman yang bagus buat hamster anda. Harganya sekitar RM7.00 - RM10.00.


2. Wheel yang lebih besar
Wheel yang diberi dalam sangkar yang anda beli selalunya sesuai untuk hamster kecil. Kalau hamster anda jenis Syrian atau besar, maka anda harus beli wheel yang lebih besar sesuai dengan badannya. Tidaklah nanti melengkung badan hamster anda ketika bermain wheel tersebut. Harga standard wheel yang bersaiz sederhana besar dan besar dalam linkungan RM7.00 - RM15.00.


3. Spray Shampoo
Hamster tidak gemar badannya terkena air. Justeru, antara cara nak mandikan hamster ini agar ia sentiasa wangi dan bersih ialah dengan cara beli spray shampoo ini dan spray pada badannya. Kemudian, lap badan hamster anda dengan sehelai kain bersih. Harga shampoo ini RM8.00.


4. Sand Bath
Ini juga antara cara terbaik untuk mandikan hamster anda. Jika anda tidak mahu mandikan hamster anda dengan spray shampoo, anda juga boleh mandikan ia dengan meletakkan serbuk pasir bersih yang berbau harum ini ke dalam sangkarnya. Hamster comel anda akan berguling-guling dengan sendirinya di atas pasir tersebut dan ia akan sukakan haruman-haruman yang ada pada pasir tersebut. Ada dijual dalam bentuk packet seperti diatas, ada juga dijual dalam bekas. Harga berbeza mengikut saiz. Normal price RM10.00.

5. Multivitamin
Multivitamin ini perlu utuk memastikan hamster comel anda tidak mengalami sebarang penyakit dan bebas dari sebarang jangkitan. Tahukah anda, dengan hanya terkena cirit birit, hamster anda boleh mati! Justeru, pengambilan multivitamin perlu bagi menambahbaikkan sistem imunisasi dan tahap kesihatan hamster anda. Harga sekitar RM7.00-RM12.00.

6. Alat Mengasah Gigi
Gigi hamster yang tajam dan panjang membuatkan hamster tidak selesa. Hamster cenderung untuk menggigit apa jua yang ada untuk mengasah giginya. Jika tiada alat yang dibekalkan, maka ia akan gigit sangkarnya sendiri. Justeru, belilah satu kayu kecil untuk memudahkan ia mengasah giginya. Kebanyakan kedai haiwan ada menjual alat mengasah gigi hamster ini. Selalunya dalam bentuk kayu. Harga dalam RM5.00 keatas. Nak lebih jimat? Ambil sahaja kayu yang ada disekitar rmah anda, bersihkan dan masukkan dalam sangkar. =)

Dimana anda boleh dapatkan barang-barang diatas? Kunjungi kedai haiwan yang berdekatan di kawasan rumah anda. Kebanyakan kedai haiwan ada menjual barang-barang yang saya sebutkan sebentar tadi.
Sekian dahulu, ada lagi saya akan tambah.

6 ulasan:

  1. tq bubujayaaaa! hrp dpt trus update ya? slm dr sandakan..!

    BalasPadam
  2. sy ada seekor hamster jantan(syrian) dan tinggal dlm 1 sangkar..skrg,sy nk nk tmbah lg 1 hamster jantan(syrian) dlm cage yg sama...so ape langkah2 perlu diambil...???~~

    BalasPadam
  3. erm.. amazing post.. nk try cari la benda neh2,,,
    si boboi boy asyik maen wheel dy 24 hours smpai trcabut skru2..
    :) tq..

    BalasPadam
  4. Huhu x beli lagi tempat mandiyy

    BalasPadam